Thursday, February 15, 2007

jomlayanbiz

salam semua

dengan izin ALLAH dan atas sokongan semua sahabat-sahabat di dalam forum www.jomlayan.com
satu hari nanti akan lahir www.jomlayanbiz.com sebuah lagi laman web yang bersangkut paut dengan forum layan.
layanbiz adalah merupakan satu e dagang dimana akan bertindak sebagai kedai on line di bawah pentadbiran jomlayan forum
apa yang menarik nya dengan layanbiz ini ialah system yang di gunakan pakai merupakan berkaitan dengan tindak balas ke atas forum layan.....di sini saya cuba membuat satu system terima kasih atau lebih di kenali system Win-Win....dimana setiap porumer berpeluang menebus kredit posting yang terdapat di forum jomlayan.
seperti sedia maklum bahawa setiap posting porumer di dalam porum akan menghasilkan satu kredit posting bagi setiap satu posting ( sila rujuk pada www.jomlayan.com)...

Idea yang cuba saya ketengah kan ini merupakan hasil dari keaktifan saya berforum selama ini...kebanyakan masa yg ada telah saya buang di dalam sebuah forum selama ini....tapi apa yang saya dapat dari forum tersebut?
selain masa saya terbuang ...kredit posting yang beribu ( menunjukan saya aktif di dalam porum tersebut)..akhirnya...saya tetap menjadi saya....saya seperti porumer lain seperti tidak di pandang oleh pihak yang menjalankan forum tersebut....mungkin apa yang saya dapat ialah keseronokan dari berforum dan juga kawan yang semakin bertambah...

saya terfikir...apa yg saya dapat dari kredit posting saya tu..????
oleh itu saya melahirkan WIN-WIN system dimana....masa ...minat dan kesetian setiap forumer di dalam forum www.jomlayan.com di balas dengan ujudnya www.jomlayanbiz.com

kredit posting forumer di dalam jomlayan akan boleh di tebus guna di dalam kedai on line jomlayanbiz
buat masa ini kredit tersebut di tebus guna dengan system diskaun di www.jomlayanbiz.com
setiap penebusan kredit pada setiap produk yang di beli di layanbiz tidak akan terhapus bermaksud kredit posting yang telah di tebus menjadi diskaun masih lagi boleh di tebus dan tidak akan berkurangan kredit nya.
system repo -system ini terdapat di dalam jomlayan forum....system ini insyaallah satu hari nanti akan di gunakan atau di tebus pakai juga di dalam jomlayanbiz......kemungkinan system repo ini akan di jadikan sebagai members card didalam jomlayanbiz organisasi....anda hanya akan menunjukan member card di mana2 kedai atau servis center untuk mendapatkan diskaun ( jomlayanbiz bercadang untuk mengujudkan network biz dngan beberapa syarikat/kedai) projek ini masih lagi di KIV kan

INSYAALAH saya berharap apa yang saya impikan selama ini akan menjadi satu kenyataan dengan bantuan dari semua pihak...
semoga kita semua dapat faedah dari apa yang selama ini kita usahakan di dalam satu komuniti forum

apa yang penting dan menjadi asas pegangan saya ialah.....ikhlas dan jujur di dalam membuat sesuatu perancangan

masih banyak yang saya perlu pelajari dan dalami dunia maya ini....tegur saya kalau saya tersasar jauh.....

selamat berforum di www.jomlayan.com

Tuesday, February 13, 2007

KEJAYAAN TU AMENDA.......

Kejayaan bukanya hasil daripada keupayaan membuat duit
tetapi membuat duit adalalah keputusan daripada satu kejyaan
kejayaan.....setiap dari kita ingin kan kejayaan dalam hidup kita, ibu ingin kan kejayaan untuk diri sendiri juga untuk keluarga nya...ingin kan anak nya berjaya dalam hidup menjadi seorang yang berguna dalam masyarakat....nelayan ingin kan kejayaan untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan sebanyak mungkin....guru ingin kan kejayaan terhasil oleh anak didik nya..?
Apakah kejayaan yang sebnarnya..????
bagi aku yang jiwa kaco ni kejayaan terlalu abstrak....kejayaan bagi kita..mungkin gagal bagi org lain...
kejayaan akan kita nikmati jika kita ada membuat sesuatu tindakan dari idea yang kita luahkan..
idea yang bernas tidak akan terhasil jika ianya hanya idea sahaja tanpa di lakukan...
mungkin kah idea yang bernas / baik akan menjadi satu kejayaan? jika kita lakukan.
kejayaan bukan boleh di cipta dengan hanya duduk bersilang kaki sambil mengoyangkan nya di kerusi empuk....kejayaan memerlukan pengorbanan..keikhlasan...doa...
Islam menggalakan kita malahan menyuruh kita mencari kejayaan di dalam hidup kita ini..kejayaan dari segi keduniaan dan juga kejayaan dari segi akhirat.....
apakah definasi kejayaan..?
secara kasar nya kita boleh mendefinasikan atau mengkategorikan kejayaan pada 4 peringkat:
1.Berjaya mengikut persepsi sendiri.
kejayaan ini datang nya dari kepuasan kita sendiri....kita mungkin kata kita berjaya dan sememang nya kita berjaya...sebabnya hanya kita sendiri yang tahu akan hasil kejayaan kita itu...contoh nya....saya berjaya mempunyai blog saya sendiri..walaupun blog saya sentiasa menjadi jiwa kaco...apatak nya..masih tak tahu guna fungsi-fungsi blog....tapi bagi saya ia nya merupakan satu kejayaan sebab saya ada blog.
2.Berjaya mengikut kelompok
Seseorang belum di katakan berjaya di dalam kelompok nya jika ia msaih ketinggalan dari segi menuju atau mencipta sesuatu kejayaan di dalam bidang nya...macam saya..sekali lagi saya mengambil blog jiwa kaco ini sebagai contoh....jika blog jiwa kaco ini di kelompok kan di satu kan dengan blog2 yang lain....masih banyak lagi kelemahan yang ketara dengan blog saya nie....saya masih lagi mencari kejayaan di dalam kelompok saya....
3.Berjaya mengikut pandangan umum
Telah menjadi lumrah....masyarakat begitu senang mengatakan sesorang itu telah berjaya dari segi pandangan zahir nya sahaja...sesorang doktor mungkin telah dianggap berjaya oleh masyarakat tapi pada hakikat nya ia tidak tahu doktor itu sedang berhempas pulas belajar untuk manjadi seoarng doktor pakar....seorang yang kaya raya mungkin di anggap telah berjaya oleh masyarakat pada hal kekayaan nya datang dari hasil penipuan
4.Berjaya secara hakiki
sebagai seorang islam..kita mempunyai konsep kejayaan yang lebih luas lagi
kejayaan bagi seoarng muslim ialah kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat...
Perlu kita ingat dari kelompok mana pun kita...yang penting dalam menuju kejayaan kita mempunyai matlamat dan pelan tindakan untuk mencapai kejayaan yang kita impikan.

gong xi gong xi

salam

lama betul aku tak up date blog nie....adeh jiwa kaco betul ahhhhh
banyak perkara yang aku sendiri tak settle2 kan nie......u mak aiiiiiii......huhuhu
so ari nie aku menaip balik kat jiwa kaco......jiwa tengah kaco ker nie...ekekkeke

hari nie dia org kata hari valentine....amenda alah valentine tu.....setahu aku nama nya pun dah melambangkan nama org putih..kalau nama pun dah nama org putih..napa org yg kulit sawo matang plak sibuk -sibuk nak sambut sama...dia org tu sedara dengan valentine ker...huhuhuhuhuu
logik akal kita mengatakan bahawa kalau nama pun dah nama org putih bermaksud sambutan tu sambutan orng putih...jangan kita plak yang sibuk-sibuk nak sambut nya....
hari asyurra tak plak kita sambut...awal muharam tak plak kita ingat....adehhh...bukan ker nama2 tu lebih mirip pada nama org kulit sawo matang nie....ekekek

biarkan luncai terjun dengan labu nya.....tapi tak leh biarkan jugak kan..sebab nama luncai tu nama org sawo matang...tak kan kita nak biarkan sedara kita terjun dengan labu nya..yg mampu bertahan berapa lama jer sebab kan labu tu pun bukan nya besar sangat....alang2 nak biarkan ..apa kata kita bagi dia pelampung tayar lori...biarkan dia lama sikit terapung....mungkin lagi lama dia terapung otak nya akan mula berfikir...
boleh lah dia gunakan kedua2 fungsi otak nya....

huhuhuu

apa2 pun
selamat bertemu semula di dalam jiwa kaco......

Thursday, November 23, 2006

sEkali suAra menyakin kan jiWA

sedap jugak lagu ikhlas tapi jauh nie.........ikhlas tapi jauh?..kalau dekat jadi apa plak ek..ekekek...hari semakin hari....kita semakin dekat dengan kehidupan sebenar kita..." datang kita di sambut dengan azan...pergi kita di akhiri dengan solat....antara azan dan solat amat pendek jarak nya" Begitulah sebenarnya kehidupan kita yg hakiki....Apa yg kita cari dalam hidup kita yg ada sekarang nie?...keredhaan..kemewahan..kesenangan..atau keseronokan..?...semua itu adalah rencah hidup kita..kita perlukan kesemuanya..tak kan kita perlukan kemewahan tanpa keseronokan...takkan kita perlukan keseronokan tanpa kemewahan..? ganjil plak rasanya.....macam tu jugak kesedihan..kekechiwaan....bukan ker ALLAH tu maha esa...pencipta segalanya....ini bermakna tiada cacat cela nya dalam penciptaan nya yg maha agung nie.

Apa yang cacat nya adalah datang dari kita sendiri..kelemahan kita sebagai umat nya yang paling sempurna....kita sebagai manusia sejak kita di lahirkan..dari umur sehari kita sentiasa menempuhi proses pembangunan insan....sehingga lah kita di ambil kembali nyawa yg kita pinjam....kita sentiasa berada di dalam proses kehidupan.

Bila kita berada di dalam proses sudah semestinya hidup kita di penuhi dengan segala cabaran dan dugaan...kat sini lah akan lebih mendewasakan kita dalam menempuh cabaran menjadi seorang insan yg di ciptakan oleh maha penciptanya yg tiada cacat cela. Pendewasaan kita sebagai insan yg dicipta memerlukan kekuatan dalaman yg jitu sambil di sirami dengan keimanan. Boleh ker kita tempuhi setiap detik cabaran atau dugaan yg datang dalam hidup kita? sudah pasti jawapannya tidak bagi setiap insan kerana setiap dari kita melalui proses yang berlainan dalam pembinaan insan. cuma mungkin kita akan dapat lihat dari satu sudut persamaan iaitu banyak kesilapan yang kita lakukan ketika kita cuba menempuh cabaran dan dugaan itu....tapi ini semua tidak boleh di jadikan sebagai satu kayu pengukur dalam menilai keupayaan seseorang sebab di dalam proses pembangunan insan ..kita harus sedar bahawa kita sentiasa berada di dalam landasan pembelajaran sehinggalah saat kita di panggil semula..itupun kita masih di dalam proses pembelajaran..saat kita sedang nazak sedang kita bertungkus lumus bertarung dengan segala kecelaruan ketika nyawa kita hendak di ambil kita masih lagi di ajar atau di bisikan ker telinga kita dengan menyebut nama maha pencipta kita....ALLAH..ALLAH...begitulah kita..betapa proses pembangunan insan tiada penamat nya...

Oleh itu apa yang kita lakukan sekarang merupakan satu pembelajaran dalam mendewasakan kita sehari demi sehari agar hidup kita akan lebih bermakna untuk diri sendiri juga untuk yang lain di muka bumi ALLAH ini...apa yang kita lakukan hari ini akan menjadi sejarah untuk esok....ianya hanya akan menjadi cerita jika kita tidak mengambil iktibar atau pedoman untuk kita tempuh pula hari seterusnya...

manusia tidak akan lari dari segala jenis kesilapan ketika bergelar manusia..manusia tidak akan lari dari segala jenis kelemahan diri sendiri...apa yang perlu adalah kekuatan diri dalam menempuh terus kehidupan yang amat singkat ini.

JADIKANLAH HARI INI HARI PALING TERBAIK UNTUK KITA SEBAB KITA TIDAK AKAN TAHU ADAKAH HARI ESOK UNTUK KITA PERBAIKI
KELEMAHAN KITA HARI INI

InsyaALLAH semoga hari ini kita sama-sama perbaiki kelemahan kita di hari semalam agar hidup kita untuk hari esok jika diizinkan akan lebih bermakna dari hari ini.

apaaaaa yang kau mengarut ni labuuuuuuuuuuuuuuuu...ekekekek

Sunday, November 12, 2006

11/11/06 ~aku dan gath JomLayan

alhamdulillah
semuanya selamat di laksanakan....pada sabtu lepas 11/11/2006..web porum www.jomlayan.com berjaya melaksanakan gath raya dan pertandingan boling berpasukan 2006. Aku terus terang mengatakan bahawa aku amat berpuas hati dengan kerjasama yg di tunjukan oleh semua comitee gath tersebut...sian dia org penat bertungkus lumus bagi menjayakan gath yg teramai hadir setakat nie setelah hampir 4 tahun aku berada dalam dunie porum tenet nie.....untuk porum JomLayan...aku rasa ini kejayaan terbesar semenjak di ujudkan 6 bulan lepas...porum nie pun masih baru....tapi sokongan yg di tunjukan oleh porumer semua..amat mengharukan aku..hampir 40 org yg datang pada majlis tersebut...
Majlis ni telah di adakan di flamingo Bowl...enjin...di antara org yg paling bertungkus lumus di dlam majlis ini di samping rakan2 lain..Blo,Izah Gaji,Taba,Wild,Nilam....muahhh untuk semuaa...u all mmg bess...aku amat terharu dgn kerjasama yg perghhhhhhh paduuu bebbbb.....tenkiuuuuu...

Pada sponsor2 gath JL...sekali lagi thanks...next time leh sponsor lagi ekk...ekekekek
pada Znet...eekek..tak pasal2 kena pi gombak ambik banner gath...tenkiuu banggggggg

sehari sebelum majlis...bagai nak pitam aku bila dapat beberapa panggilan dari Gaji /enjin...masa enjin bagi tahu masaalah yg dtg....aku dah nak hangin dah masa tu...huhuhu....' TAK PA...ESOK AWAK BAWAK SAYA PI JUMPA ORG TU '...aku dah mula meninggi sora dkt enjin...tapi nasib baik minah nie leh coolll lagi.....adehhhh...jgn lah macam tu....saya jadi takut plak dgn GJ...enjin jwp...tak mo bawak GJ nanti GJ bergado...saya jugak yg melayang2..." apa2 hal awak jumpa dia dulu...kalau tak settle...macamana pun awak mesti bawak saya jumpa org tu..aku start hangin balik...huhuhu cepat panas enjin aku nieee..ekekek

tapi alhamdulillah...sebelum majlis semua nya berjalan seperti di rancang...kesian aku tgk enjin..ke hulu ke hilir....masa sampai kul 11.30 tu..dia terus bukak kasut bersila kat lantai flamingo tu....start buat persiapan majlis...byk kali tanya dia...awak nak makan apa..saya oder kan..dia bizi nya pasalll....sampai bfast pun dah tak lalu...huhuhu...sampai lah ker pukul 1 lebih.....dia mengerjakan hadiah2 gath tu...adehhhhh....meacehh lah byk2 enjin wei...nanti kita pi makan aiskrim ek...ekekekke

dlm pukul 1 zaza/gepren dah dtg.....tak kenal dia org nie mula2...cuma agak dia org nie mesti dtg untuk gath layan nie....sowi lahh tak sambut pun...bizi menolong si enjin masa tu.....kol...blo...blo otw pi ambik nilam...kol taba..suwuh dia pi ambik bila/chibi....nasib baik taba setuju nak tolong...

si Gaji kol...GJ aku sangkut kat jem lahh....si taba pun cakap macam tu....si blo pun cakap macam tu...sangkut kat jem...tgk phone enjin pun asyik masuk kol...kata dia org sangkut kat jemm....yealah hujan tgh lebat masa tu..mmg lah KL jem gilaa......TAPI KALAU DAH TAHU MMG JEM..NAPA TAK KUAR AWAL2...aku dah start nak hangin balik dahh.....SAYA YG UJUNG KAMPUNG LEH DTG AWAL....YANG DIA ORG NIEEE......LEH KATA JEMMMM.......lagi sekali enjin jadi mangsa aku..huhuu...sowiii enjinnnnn.....

lepas tu wild cemp sampai......masa nie porumer yg dah sampai adalah dlm 6/7 org..budak2 alamak....si signal..speedo...sapa lagi ek tak ingat..huhuhu..

sikit2 sikit barulah nampak semua sampai.....paling terkejut tgk si api ..cleo..aran..sampai....ingatkan dia org tak datang....huhuhuu

walaumacamana pun..GJ ucapkan terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhh.....pada semuaaaaaa

so far GJ tgk u all semua hepi masa tu.....GJ pun turut hepi sama

next time kita akan buat lebih grand lagi.....kita kumpulkan seramai mungkin porumer untuk gath tersebut...
lebih byk hadiah kita akan cuba dapatkan.....

mana tahu lepas nie...MAXIS...DIGI...CELCOM..leh sponsor kita plak...huhuhu


muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...love u all


maaff....pada yg GJ terkasar bahasa......

Thursday, November 09, 2006

MAT rEMPIt -jiwa kacoooo

DIA ORG NIE JIWA KACO JUGAK KERR...

adehhh pelik ah dgn mamat rempit semua nie...berani yg bukan2....ada yg try nak jadi superman lah...spiderman lah...tak mo try jadi otomen ker....dapat jugak bunuh rasaksa...huhuhu..
nie jenis jiwa kaco yg leh bawak maut nie...kang bila mati kang..kira mati katak tu...katak pun tak suka mati..dia org nie plak tak takut nak mati..so dia org nie lagi hebat lah dari katak...jiwa kaco betul lah mamat2 nie
yang pegi merempit ke hulu ker hilir tu buat apa...kalau nak tunjuk hebat..pi lah join mana2 club motor..pi race secara sah..ni tak..race pun dah nama race haram...dan gerenti mengharammmm jer...heheh...

budak2 rempit nie bukan apa..jiwa tgh muda..tgh membara umpama gunung berapi yg tengah nak meletup....dia org nie...elok nya di bagi satu tempat khas untuk hentak kan pala dia org kat dinding..bagi testttt...kalau pala dia org tak pecah...ahhh pi lah rempit sampai ker subuh.....tak sapa nak kaco...jiwa yg tgk pun tak jadi jiwa kaco....
kebanyakan budak rempit nie..umur dlm 15-ker dua puluhan...semua masih lagi pucuk2 daun...adehh takut tak sampai jadi daun kering dah kering awal2.....

masaalah nya...pelik jugak...dia org nie mak bapak dia org tak marah ker..anak2 dia org kuar malam2...kang tak pasal2 kuar plak perkataan...apakejadahnya mak bapak tak tahu anak pi mana malam2...yg di belikan motor tu buat apaaaa...
lah nie..budak2 sekolah menengah..pi sekolah kebanyakan nya naik motor...mana dia org dapat motor tu....dia org menang peraduan ' SAYA MENANG MOTO ' ker....dah tentu mak bapak dia org belikan....nak belikan bukan tak boleh..senang...senang untuk anak2 pi sekolah...tapi...kawal lah sikitttt pergerakan anak tuu...ambik tahu..mana anak pi..sapa kawan anak...bukan nak kongkong..cuma nak ambik tahu...salah ker kalau mak bapak nak ambik tahu...kalau ambik tahu masa dia kaki dah patah..tangan dah berplaster..kepala dah bioul..tak dapek nak nolong....

rasanya kat malaysia nie jer ada mat rempit...kat tempat lain takder kot......hebatt betul budak2 malaysia...lagi satu..rasanya mat rempit nie ramai nya org melayu...perghhhhh...melayu boleh..boleh rempit...

adehh ada keja lah plak...jap nak merempit dgn phone nieee

MONOLOG SESSI PERTAMA

SOWIII LUPA NAK BAGI SALAM TADI...

SALAMMMMM


aku bebenornya lah kannn...tak tahu menda BLOG nie....tapi dia org kata BLOG nie macam diary....kalau macam tu....aku kena lah menulis macam aku menulis dalam diary aku...masaaaaaalahn nya...dlm diary aku yg ada cuma hutang2 jer..ngeh ngeh neghhh...abis aku kena ker tulis kan sini pasal hutang2 aku dgn ah kau..samy...sentol...muahahah....tak adil betull lah BLOG nie...ekekekk

so ari nie jumaat yg berbahagia...1st time aku dtg opis pakai tshirt...
kuar jer lift tadi satu amoi sudah sound aku....hi naza..u look smart today...muahahahaha....hi..today jer ker..ekekkee...pakai tshirt u kata i smart...u belum tgk i tak pakai apa2 lagi...hahahahaha..senyum jer amoi tu dengar aku mengusik dia..

pi minum kat kedai mamak.....milo tarik dgn mee hoon...apa lah punya suwei ari nie...aku tersandung..air milo tu...habis tumpah air...kena kat suar..adehhhhh....kena oder satu lagi air.....air ohh airrrr.....
dah lah kat klang valley nie air naik harga.....apaaaa ahhh..air pun leh naik harga...bukan ker air tu...ALLAH yg punya....tapi yg merawat air tu kena jugak bayar kan..ekekek....hidupppppppp...macam tu lah...ada yg naik...ada yg turunnnn......ada yg kena bom..ada yg buat umah sampai 8 juta......manusia manusia..

tu dia org..aku nie..?????? apa nak jadi...huhuhuhu
masuk kali nie dah 3 kali pagi nie aku melawat umah kecik...buang segala toksid dlm badan.....rasa macam dah kempis sikit plak pewut nie..nie kalau 6 kali aku amalkan pi umah kecik sehari..mahu aku kurus nie...ekeke..kalau macam tu...baik aku tido kat situ jer..huhuhuh

lah nie dah pukul 10 setengah.....penat gila keje ari nie..kol melambak..clients plak tak henti2 masuk bilik nie..nak ambik cek lah...tanya market lah...adehhh...sabauuuuuuuuuuu lah kalau kot yer phone nie...nak berbunyii jer..mentang2lah market dah cecah 1000 mata....

akhirnyaaaaaa

meacehh lahhh pada cik tempe yg mengusahakan blog nie...huhuhu

poninnnnngggg den nak belajo menulis dlm nie..tapi takperrr...cayokkk cayokk ekeke

nie kalau org kg tahu aku ada blog nie sure teruja dia orggg ekeke.......sure aku glamer kat kg nanti..hahahahahah

apa nak tulis lagi ekkkk......


wokehh esok 11/11/2006...wb jomlayan.com akan ada gath raya dengan pertandingan boling....

adehh ada ker kita dia suruh bagi speechhh....lauk lah akuuuuuuuuu...apa aku nak cakap ekk..dah lah aku nie pemalu ya amtttt ...yealah lelaki melayu terakhir yg dah mula nak menoposs...ekekeke


adeh ada clients plak dtggg...jap

Ikhlas Tapi Jauh

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria

Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksamu

Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh ..
Jauh ..

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang

We are so young and free
Full of desire, flying higher and higher
Oooh .. feel so strong ..

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksamu

Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh ..

Jauh ..

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksamu
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh ..

Jauh ..

****..testing... ***

Wednesday, November 08, 2006

Selamat Datang







Selamat Datang ke Blog GENG JAHAT
ahak..ahak...ahak...

Semoga ANDA hepi..seronok..dan terhibur..
ekekekeke.........